Monday, 16 January 2012

Sombongkah Diriku?????

Sombongkah diriku kiranya tidak mahu membalas pesanan
ringkasmu???
Sombongkah diriku jika membiar sepi YM darimu??
Sombongkah diriku jika hanya membiarkan panggilan darimu
berlagu tidak berjawab??


YA,,,,,,,,diriku memang sombong...
Namun diriku sombong bertempat!!!
Bukan pada semua....

Tapi hanya padamu, lelaki ajnabi yang tidak halal buatku...
Pantaskah diriku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang
kau ucapkan??
Perlukah diriku membalas YM mu jika omongan cinta yang ingin
kau bicarakan??
Haruskah diriku berbual denganmu jika tiada perkara yang mahu
dibincangkan??

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu??
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.......

Maaf,diriku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka ALLAH
yang ku dapat...
Jika kerana silapku ini kau memanggilku sombong,,,nah silakan....
Diriku tidak peduli...
Jika kerana ini kau memanggilku seorang yang kolot,,,
Diriku masih juga tidak peduli....
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan
murka
ALLAH ........

Kiranya diriku mengikut kemahuanmu,,
Diriku lebih takutkan
ALLAH yang menjadikan kau dan diriku....
Sebelum tiba masanya,biarlah kulabuhkan dulu cintaku padaNYA.....
Sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak...

  ^_^ just 4 you ^_^
 
DemiNYA ku tinggalkanmu sementara,
Walaupun diri ini sukar untuk melupakan,
Namun apakan daya,
Antara engkau denganNYA,
DIALAH Segala-galanya,
Biarlah kita berpisah dahulu,
Membawa hala tuju masing-masing,
Menggapai cita-cita,
Bila tiba saatnya,
Kita pasti bersua,
Disaat itu aku sedia menerimamu sebagai teman hidupku.........

No comments:

Post a Comment