Dengan
nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Pemurah..
Assalamualaikum.w.b.t..salam penuh kasih sayang
buat semua teman-teman..
menyepi dari
menulis..terpuruk hati disudut terpencil..masa yang berlalu saya hadapi
dengan pelbagai warna..membuatkan saya lebih selesa untuk berdiam......berfikir........dan
bukan untuk bertindak.......yang ada tika ini adalah hanya dengan rasa kepercayaan.........
sepanjang hari saya berfikir..
"ya ALLAH,kalau ini jalan yang telah Engkau
tetapkan untukku..maka jadikanlah daku hamba yang bersyukur dan redha atas
segalaNYA...jadikanlah hambaMu ini hamba yang terus menerus berusaha kearah
yang lebih baik"
sungguh..untuk memperbaiki diri, bukan sesuatu
yang sukar..tetapi perlu diusahakan selain berdoa....
diri ini berharap untuk menjadi yang lebih
baik,sungguhpun mengerti bahawa diri ini sering dibelenggu kesilapan lalu...
saya mempelajari...apa itu maknanya pasrah..apa
itu maknanya sabar..dan apa itu maknanya redha..3 perkara yang membawa maksud
hampir sama,tapi berlainan penghayatan sebenarnya..
saya mempelajari..pasrah itu membawa maksud
berserah,hampir seperti orang yang putus asa,berserah menerima apa yang akan
berlaku...pasrah itu,menghampiri kepada kesabaran..
saya mempelajari orang yang bersabar itu darjatnya
lebih tinggi dari orang yang pasrah..tetapi redha itulah yang tertinggi
diantara ketiga-tiganya..kerana orang yang redha adalah orang yang mempunyai
kesabaran yang tinggi..meredhai tidak sama maksudnya dengan pasrah..apabila
dirimu meredhai,maka hatimu tenang setenang-tenangnya..akan tetapi apabila
dirimu pasrah,sungguh kamu merelakan tetapi dalam hatimu ada sedikit
kekecewaan..
beruntunglah bg mereka yang mempunyai tinggi
kesabaranya dan redha akan setiap perkara yang berlaku..
sebenarnya dalam kehidupan ini..kita tidak hidup
untuk menyendiri..sekali kita melangkah...terlalu sukar untuk berpatah
semula..sekali kita memutuskan..terlalu sukar untuk menarik balik keputusan
itu..apa yang kita miliki kini..adalah menghadapinya..kerana kita perlu juga
berfikir untuk kepentingan insan yang lain jua..menghadapi..dan cuba untuk
memperbaikinya agar menjadi yang lebih baik..tiada siapa yang ingin kesedihan
ditengah-tengah kehidupan..maka itu,ciptakanlah kegembiraan...
daku berdoa,semoga apa yang telah berlaku menjadi
pengajaran..dan diri ini percaya..ALLAH itu Maha Mengetahui segalanya..DIAlah
sebaik-baik perancang...apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat
diri kita..
hidup bukan untuk kekal didunia..tapi bahagia
disana..hidup bukan mengejar keseronokan semata..tapi untuk mencari erti
kenikmatan yang abadi....
selagi DIA memberikan ruang untuk kita bernafas
dibumiNYA..selagi itu kita tidak perlu berputus atas untuk memohon keampunan
dariNYA..ya..semua punya akal untuk berfikir dan menentukan mana yang baik dan
mana yang tidak,maka pilihlah haluanmu,semoga hidup diberkati dan dijauhkan
dari murkaNYA...Wallahu a'lam.......